30 September 2011

Cik Adik Perempuan

[Kredit]
"Wanita gagah pon, wanita gagah lah. Wanita gagah ni la yang [Inche gabbana] sayang sangat tu...! ;p"

Lebih kurang begitulah bunyinya komen MukaBuku Cik Adik Perempuan, membalas komen saya pada gambarnya yang kelihatan 'gagah' dan 'sasa.'

Ya, ini post emosi. Mungkin se'emosi' post 'Antara Kita Dan Beruang Polar.' 


Semuanya bermula apabila saya menggunakan komputer riba milik Cik Adik Perempuan. Ketika sedang menunggu komputer tersebut untuk habis memuat (Baca: Loading), saya sempat membelek-belek gambar-gambar sewaktu kecil simpanan Cik Adik Perempuan. Entah mengapa, sebak apabila melihatkan gambar-gambar saya dan Cik Adik Perempuan sewaktu kecil dahulu. Sungguh mesra. Penuh kasih-sayang.

Ya, Cik Adik Perempuan lebih rapat dengan saya berbanding dengan Inche Abang Besar. Dari dulu sehinggalah sekarang, sayalah yang sering menjadi orang tengah antara mereka berdua. Cik Adik Perempuan sering merungut kerana sering diusik dan diganggu oleh Inche Abang Besar. Dan sayalah yang sering menjadi tempatnya untuk mengadu.

Kalau ada cerita-cerita luahan hati (Baca: Curahat) oleh Cik Adik Perempuan, maka telinga sayalah yang akan menjadi pusat tadahan air liurnya. Malah, ada juga cerita-cerita 'panas' yang dikongsikan bersama saya, yang tidak berani Cik Adik Perempuan berkongsikannya dengan Puan Mama (Cik Adik Perempuan juga amat rapat dengan Puan Mama).

Ketika inilah saya mengambil peluang untuk mencucuk-cucuk Cik Adik Perempuan dengan jarum-jarum halus dakwah dan tarbiyyah. Tapi selalunya jarum yang dicucuk tidak kena tepat pada sasarannya. Selalu sahaja tersasar. Saya kira jarum yang saya gunakan terlalu halus mungkin. Adeh.

Saya melihat Cik Adik Perempuan membesar daripada seorang kanak-kanak yang riang, kepada seorang adik perempuan yang kelihatannya amat nerd dan kepada seorang anak gadis yang jelita lagi panas. Walaupon saya belajar di sekolah asrama selama tujuh tahun, kemudian tiga tahun lagi ke luar negara, kami kekal rapat sebagai abang dan adik. Dan saya cuba sebaiknya menjadi seorang abang yang bertanggungjawab lagi bersopan-santun ewaaaahhh! Err.


Saya amat rapat dengan Cik Adik Perempuan. Tetapi rapat pada hubungan luaran sahajalah. Sungguh superfisial. Haih.. [Kredit]

Namun suatu masalah besar Cik Adik Perempuan adalah kehidupannya yang tidak pernah lekang daripada berboipren. Ya, boipren. Lelaki-lelaki yang mudah jatuh ke dalam perangkap Cik Adik Perempuan dee keperawanan dan kejelitaannya. Ini bukan masuk lif dan tekan butang naik sendiri. Dia benar-benar menawan sehinggakan beberapa kali pernah ditawarkan untuk berlakon dalam iklan. Sumpah.

Saya pernah menyuruh Cik Adik Perempuan menghitung jumlah boiprennya semenjak pertama kali dia berboipren sehinggalah ke saat ini. Dan dia hilang kiraan (Baca: Lost count). Peluh besar saiz jumbo menitik-nitik. Dan apabila dinasihati tentang ketidakfaedahan berboipren ini, dia selalunya hanya mengiya-iyakann sahaja sambil tersenyum kelat. Saya tahu, semua nasihat itu hanya masuk ke dalam telinga kirinya dan keluar melalui mulut sebagai sendawa. Eh.

Yang menjadikan masalah ini lebih kritikal adalah apabila Puan Mama dan Inche Papa tidak kisah dengan hakikat bahawa Cik Adik Perempuan memiliki boipren. Bagi mereka, ia adalah perkara normal untuk anak gadis di zaman moden ini untuk mempunyai hubungan intim mesra dengan lelaki bergelar boipren itu. Malah bukan Puan Mama dan Inche Papa sahaja yang bermentaliti sebegitu; kebanyakan daripada Puan-puan Makcik dan Inche-inche Pakcik saya juga mempunyai pola pemikiran yang sama. Tidak bergayalah di abad ke dua puluh satu ini kalau tidak berkapel-kapel bukan..? Batu bata jatuh menimbus.

Semalam, Puan Mama bercerita bagaimana Cik Adik Perempuan yang merayu-rayu kepadanya supaya diizinkan untuk pulang daripada bertemu-janji sebelum jam duabelas, dan bukan jam sebelas seperti yang ditetapkan oleh Puan Mama. Dan yang lebih vavavum lagi, Cik Adik Perempuan mengeluarkan kenyataan sebegini:

"Susah betullah ada abang-abang yang takde gelpren nih..!"

Tunduk penuh keinsafan.

(Nota kecil: Inche Abang Besar tidak pernah bergelpren sehingga ke hari ini. Dia kacak. Sudah bekerjaya. Ada sesiapa yang berminat..? Hohoho..)

Bukan sekali saya susah hati setiap kali dia keluar betemu-janji. Bukan dua kali saya rasa cukup bersalah apabila melihatkan caranya berpakaian. Dan bukan tiga kali saya rasa cukup berdosa apabila saya sibuk bersama dengan hadek-hadek orang lain, sedangkan adik sendiri di rumah tidak terjaga. Berkali-kali. Berkali-kali tahu...??

Air mata terhambur ibarat empangan pecah.

Ya, saya amat sayangkan Cik Adik Perempuan. Dia adalah darah daging saya. Kami ber'Inche-Papa-kan orang yang sama dan ber'Puan-mama-kan orang yang sama.

Dan yang pastinya lebih menyentak jiwa raga dan mengezaaassss hati emosi adalah apabila setiap kali teringatkan ayat-ayat chenta dari Allah ini: 

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."

[at-Tahrim, 66:6]

Allah...

Yang paling saya takutkan, menggeletar lutut dan meremang bulu tengkuk adalah apabila terbayang-bayang di Padang Mahsyar nanti, hari di mana Allah menyebutnya sebagai,

"Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkalala yang kedua), pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya..."
['Abasa, 80: 33-37]

Cik Adik Perempuan akan mendakwa saya. Cik Adik Perempuan akan menyalahkan saya. Cik Adik Perempuan akan bersaksikan di hapadan Ketua Segala Hakim, bahawa selama saya menjadi abangnya, saya tidak bersungguh-sungguh dalam mengajaknya ke arah kebaikan..!

Dan sudah tentunya yang paling saya geruni adalah apabila terbayangkan kemungkinan yang Cik Adik Perempuan akan menarik saya sekali bersama-samanya masuk ke dalam api yang maha azab dan panasnya itu...!!

Nau'dzubillah min dzalik. Astaghfirullah...

Tetapi pada masa yang sama, inilah yang menguatkan semangat saya untuk lebih kuat berkamehameha dalam berdakwah. Inilah yang mengukuhkan azam saya untuk menaiki awan guling tarbiyyah dengan lebih laju. Dan ini jugalah yang memantapkan ilitizam saya untuk berjihad, untuk menjadi Super Saiya peringkat kesembilan dalam kerja-kerja menyebarkan agama Allah ini.

Kerana saya yakin dengan dua ayat-ayat chenta ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu!"
[Muhammad, 47:7]

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang baik."

[al-Ankabut, 29:69]

Ya, yakin. Sumpah yakin. Seyakin esok hari Sabtu. Seyakin kalau saya cubit pipi anda sekarang ini, pasti anda akan menjerit kesakitan sambil berkata, "Oyyy Inche gabbana! Sakit tahu...??"

Begitulah.

Doakan agar Allah akan membuka hati Cik Adik Perempuan untuk menjadi seorang muslimah yang soleh lagi musleh. Doakan agar Allah kurniakan saya dengan kekuatan untuk tidak akan kenal erti putus-asa untuk sentiasa mencari jalan untuk mengajak Cik Adik Perempuan untuk bersama-sama di atas jalan ini. Dan yang lebih penting, doakan agar saya mati sebagai syahid, sebagai saksi di akhirat nanti bahawa saya telah selesai menjalankan tugas-tugas saya.

Amin.

Ini perjuangan saya. Dan perjuangan ini tidak akan selesai selagi nyawa dikandung badan. Selagi nafas masih dihembuskan. Selagi saya tidak punya alasan.

Cik Adik Perempuan, saya amat menyayangi anda. Saya mahu berpimpinan tangan dengan anda, melangkah masuk ke dalam sorga bersama-sama. Mari...?


[Kredit]
-gabbana-

35 Caci Maki Puji Muji:

.::annemishi::. 30/09/2011, 20:47  

amiiin ya rabbal alamin. :)

Hamba Allah 30/09/2011, 21:17  

insyaAllah, akan terbuka pintu hati adek perempuan kesayangan incik gabana....
brapa umo dia ?

Anonymous 30/09/2011, 21:26  

amin3...doakan saya jugak utk menarik kawan n famili^_^

yui 30/09/2011, 21:36  

semoga berjaya.. aku doakan yg terbaik..

hehe masalah kita agak sama.. kau, kes adik.. aku kes kakak =p

haku 30/09/2011, 21:49  

kita sama...
inche dgn adik pmpuannya...
saya dgn most of my famili...
T_T

Fahmi Bahrudin 30/09/2011, 21:51  

terus berusaha! ^^,

Anonymous 30/09/2011, 22:33  

Entri ni tbaik! Trase menghdapi situasi yg same tapi krg usaha yg amat. huhu. thanks atas peringatan :)

me 01/10/2011, 00:36  

smoga Allah tabahkan Inche Gabbana dan beri hidayah kpd Cik Adik Perempuannya. kagum dengan ujian yg Inche Gabbana dapat!

keturunan yang baik 01/10/2011, 00:40  

syurga tu sangaattt luassss.. n nak masuk dalam tu beramai2 with family & friends...moga sama2 di beri kekuatan n semoga hidayah itu melimpah ke hati orang2 yg kita sayangi fillah..

ana123 01/10/2011, 00:57  

yup..utk ke arah kebaikan sgt ssh..perlukan kesabaran..
cik adek pompuan akn berubah smpi wktu..
anyway..i interested jgk nk knl inche ang besar tu..im serious:D

Anonymous 01/10/2011, 06:28  

Jgn berhenti berusaha :) ketuklah selalalu hatinya; ketuklah pd bahagian yg belum diketuk dan mntalah pd Allah krn yg akan membukanya nnt Allah... Cbrn plg besar DnT adlh thadap kluarga sndiri..sabarlah:: mengingatkan tggungjwb saya jga :')

zulaikha 01/10/2011, 06:41  

T___T

bersabarlah, inche gabbana...memang susah bila ahli keluarga sendiri tidak se-gah yang diharapkan dalam bidang agama, tapi doa anak2 yang soleh solehah diharapkan dapat membantu mereka di 'sana' nanti, insyaALLAH.

mari terus berdoa dan tak putus asa mengajak mereka ke arah jalan yang diredhai ALLAH. mari..?

(;

Nur 01/10/2011, 07:21  

wah~ inche gabbana da kembeli b'smgt scara zahirnya.. alhamdulillah... arap2 batin bgitu jg... iA~

MYT 01/10/2011, 10:15  

InsyaAllah...Suatu hari nnti pasti Allah bukakan pintu hati dia...Sy pun ad cik adik perempuan y agak degil...Maklumlah, remaja... kadang2 sedih jugak bila kita sibuk mentarbiyah adik2 yang lain, tapi adik yang tersayang seakan2 terlepas pandang...

Marilah kita sama2 berdoa dan terus berusaha tanpa kenal erti putus asa agar cik adik perempuan kita akan melangkahkn kaki pada jalan DnT yang sungguh awesome ini!!! Semoga kita sama2 merasa kegembiraan sebenar di dunia dan kebahgiaan hakiki di sana kelak..insyaAllah...;)

nedd 01/10/2011, 12:32  

i.Allah, moga dipermudah kan olehNya :)

Unknown 01/10/2011, 13:47  

Dakwah kerja kita, Hidayah kerja Allah. Situasi kita tak banyak beza.
Moga Allah kurniakan hidayah buat adik perempuan, dan kita semua. Ameen ya Rabbal alameen.

Anonymous 01/10/2011, 16:41  

Yakinlah dengan janji Allah
Inche berhempas pulas jaga adik org, org lain juga akan jaga adik inche, in a way or the other
biiznillah...

Anonymous 02/10/2011, 02:24  

ermm..sgt mencabar jln ketuhanan ni plus bila dealing dgn yo own family..sy pernah hadiahkan tudung to my mom n kakak hopefuly one day mereka dpt hidayah nk fully tutup aurat..ameen

raksasa majin buu 02/10/2011, 07:33  

teringat tazkirah semalam, family adalah mad'u terdekat yang Allah dah beri. maka, kena adil macam kita pada mad'u di luar sana

tapi apa pun, dakwah pada family la yang paling susah. :'(

selalu2la mendoakan mereka. sebab yang pegang hati mereka adalah Allah

ganbate ne! ^^

martini 02/10/2011, 08:26  

berapa usia Encik Abang Besar?
hihi

aih. aku juga belum terbuka hati untuk mengikut jejak langkah sorga emak dan ayah. takpa, kita sama2 doa untuk semua. =.='

famia 02/10/2011, 08:48  

sangat osem kalau ada abang macam ni.

aqeyLs 03/10/2011, 03:47  

:). insyaAllah. terharu bace. huhu

Kauthar 03/10/2011, 05:01  

Jarang nak komen dekat mana2 blog...
Tp seriously terus nangis baca post ni...
Havent been serious enough all this while.

shida 03/10/2011, 22:12  

hu3..
same situation here except shida ni pompuan...sedeh jugak kadang-kadang dengan khilaf adik beradik yang tidak memelihara aurat dan sebagainya. Namun sebagai adik bongsu, shida diamkan aja dan berdoa semoga kelak mereka akan menutup aurat. dan sebagai adik, kakak or abang, perbuatan kita juga itu dakwah, jadikan contoh kepada yg lain

Anonymous 04/10/2011, 08:57  

adik Inche Gabbana novel-holic? tetiba saya rasa mcm best je baca buku ni; 'Iklas, A.k!' keluaran Jemari Seni :) novel yg ada 'isi'. tak berat. best! just mengingatkn benda yg asas tp kadang-kadang org buat-buat tak tahu/mmg know nothing.

saya.anak.merdeka 05/10/2011, 10:33  

A'ah bagi dia baca novel 'ikhlas A.K' by nirossette...keluaran jemari seni..

MuNie 14/10/2011, 17:28  

sedihnya.. :(

Budak Tingkap Sebelah 24/04/2012, 23:42  

Salam. Kisah yg sngat cukup menyentuh hati kalbu nurani jiwa sukma dan sebagainyalah. Cuma nak share kat sini yang saya juga ada maslah yang (hampir) sama dengan keluarga saya. Alhamdulilah, kini, Cik Kakak Besar saya telah mengikut tarbiyah dan menjadi orang yang sgt super sailor moon di DnT. Subhanallah. Nak kata yang janji Allah itu pasti, dan pasti juga Dia akan bantu En. Gabana. Insyaallah.

Anonymous 11/05/2012, 00:21  

Hmmm masalah yang serupa dihadapi. Pelahan-pelahan la inche gabanna. Alhamdulillah ibu dah mula bertudung. Adik perempuan masih lagi degil. Sedih sebenarnya mengenangkan darah daging sendiri tak menurut perintah sedangkan kita sibuk mentarbiyah org lain.Tapi doalah dengan penuh yakin. Insyaallah Allah Maha Mendengar.

Anonymous 16/02/2013, 17:51  

Menanges ...

Anonymous 29/05/2013, 19:44  

salam en.
terbaca post lama en. ni n rasa mcm nk tahu skrg adk pmpuan en. dah berjya en. msukkn dia dlm d n t? trus terang,sy masih sgt bru dlm d n t,dan perubahan bermula dgn dri sndri yg ingin prubahn n nmpk jls tjuan hdp.kn clear prkra ni then insyaallah...kita brusaha,slebihnya beri pd Allah...

aqeyLs 31/01/2015, 13:30  

terbace balik post ni pada 31/1/2015.. teringin nak tau update. macammane dgn adik perempuan inche gabana?

sy doakan semoga pintu hatinya dah terbuka.

Anonymous 16/02/2015, 23:39  

Sila lah jadi abg aku. Lulz

Anonymous 17/02/2015, 00:47  

ig..bersabarlah..kerana sesungguhnya sabar itu cahaya..;)
saya juga merasakan apa yang anda alami..:'')

Anonymous 18/02/2015, 16:56  

masalah saya lagi sedih. huhu..


saya ada abg yg super saiya dan komit dalam dakwah dan tarbiyyahh...

dulunya jd naqib..
bwak hadek2 bulatan gembira..

ajak saya solat berjemaah..
bg nasihat pd saya...

dia qowwiey sgt dulu.
baik. hensem. ehh..

tp skrg dia dah lari dr dnt. dah tak nak pergi usrah. bawak bulatan gembira apatah lagi .. ajak pergi program pun tanak.. huhu....

hmmm. dah lain dah dia skrg...
sedih. tak macam dulu..

apa patut saya buat?
sbb dia sgt baik dgn saya.
sgt syg logamnya sudah tidak digunakan untk dnt ..


wpun dia masih baik macam dulu..

saya rindu dia yg soleh macam dulu..
sbb dia tak macam dulu.. huhu
nak nanges..
penyebab knapa saya masih btahan dln dnt ..


anyone yg pernah alami mcm saya, tolong plis..


Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP