28 August 2014

Senaskhah Zine Bernama Enonimus

#MERDEKA! [Kredit]

Zine
ziːn/
noun
informal
noun: 'zine; plural noun: 'zines; noun: zine; plural noun: zines
a magazine, especially a fanzine

Ehem.

Hud Hud Media dengan kerjasama Angel Pakai Gucci akan menerbitkan zine-nya yang pertama dalam masa yang terdekat ini. 

Buat anda yang sudah mengikuti laman MukaBuku Hud Hud Media pasti sudah tahu akan perkembangan yang terbaru ini. Saya tahu, saya tahu. Anda sangat teruja bukan? Heh.

Setelah berfikir-fikir, zine terbitan Hud Hud Media ini akan diberi nama 'ENONIMUS' dengan tagline "Yang dicari bukan nama, bukan juga glamor. Tapi chenta dan redha Dia."

ENONIMUS
"Yang dicari bukan nama, bukan juga glamor. Tapi chenta dan redha Dia." 

Amacam? Keterujaan anda bertambah berkali-kali ganda bukan..? Wahahaha gelak eksyen kamen.

Tujuan asal penerbitan zine ini sebenarnya adalah untuk memburu bakat-bakat baru yang kool dan bergaya untuk menghasilkan buku-buku di bawah bimbingan dan terbitan Hud Hud Media. Namun saya melihat penerbitan zine ini sebagai sebuah platform yang sangat baik untuk menyebarkan fikrah Islam secara lebih meluas dengan gaya yang sempoi dan bergaya, sesuai dengan moto Hud Hud Media; "Memfikrahkan indie. Mengindiekan fikrah."

Untuk edisi yang pertama ini, tema #Merdeka akan diketengahkan di mana anda dialu-alukan untuk menyumbang sebarang karya berbentuk cerita pendek atau puisi (sajak, syair, pantun, gurindam dan lain-lain) yang berbicara tentang erti kemerdekaan. Tidak semestinya kemerdekaan Malaysia daripada penjajahan British pada 31 Ogos tahun 1957 itu, tetapi apa-apa sahaja yang anda boleh ertikan tentang #Merdeka. 

Bukan semua karya yang dihantar akan terpilih untuk diterbitkan, kerana sekiranya semua karya yang dihantar itu diterbitkan, sudah pastilah ia menjadi sebuah buku telefon dan bukan lagi zine. Eheh. Karya-karya yang dihantar akan ditapis dan hanya karya yang menepati halatuju dan citarasa Hud Hud Media sahaja yang akan dihantar ke meja editor untuk diterbitkan di dalam Enonimus.

Peluang karya anda sangat cerah untuk diterbiatkan sekiranya ia punya ciri-ciri yang berikut:
  • Bergenre indie (bebas, tidak terikat dengan mana-mana gaya atau format)
  • Padat dan manis. Omputih kata, short and sweet gitu. 
  • Padat dengan mesej-mesej tarbiyah dan dakwah
  • Bebas dari unsur carutan dan kata-kata kesat
  • Bebas dari unsur politik partisan yang picisan yang akan menyebabkan saya terpaksa bertelagah dengan sesiapa nanti. Adeh.
Karya-karya anda hendaklah dihantar ke hud2media@gmail.com SEBELUM 15 September 2014 (untuk edisi #Merdeka) dan anda akan dihubungi sekiranya karya anda terpilih untuk diterbitkan. Semua karya yang dihantar akan menjadi hak milik sepenuhnya Hud Hud Media. Hoyeaahh.

InshaAllah sekiranya terdapat sambutan yang menggalakkan lagi mengujakan ibarat arnab-arnab gemok dan gebu berlari-lari riang di tengah-tengah taman bunga dafodil sehingga termengah-mengah dibuatnya.. Err. Bolehlah saya teruskan projek zine Enonimus di masa-masa akan datang.

Ini sumpah mengujakan lagi menyegarkan tahu..?

Tarik nafas penuh kepuasan.

Bagaimana? Anda ada apa-apa persoalan..?

-gabbana- 

Saya juga sedang mencari tukang reka layout untuk zine edisi #Merdeka ini. Sila hubungi saya di dolcegabbana08@gmail.com atau PM saya di MukaBuku, atau anda boleh juga menghubungi pihak Hud Hud Media, sama ada emel atau di laman MukaBuku.

Saya memandang ke hadapan untuk bekerjasama dengan otak-otak kreatif dan bergeliga di luar sana. Senyum. 

1 Caci Maki Puji Muji:

qaireenizzati 31/08/2020, 08:35  

Assalamualaikum, boleh sy tahu dimana sy boleh dapatkan semula naskah ini :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP